video

Semua manusia tidak lari dari sifat suka melihat sesuatu yang baru dan menakjubkan. Pada kuliah kali ini, iaitu minggu ke 8 saya telah mempelajari tentang video. Banyak juga video yang telah ditunjukkan oleh mejar jasmy dan sangat menarik tumpuan saya. Tetapi untuk membuat video bukanlah kerja yang senang seperti kita melihatnya. Terdapat banyak kemahiran dan teknik-teknik untuk membuat video. Sebelum kita mula mempelajari tentang kemahiran dan teknik-tekniknya molek kiranya kita mengetahui asal usul video.

Video berasal dari bahasa latin (vedi) bermaksud ’saya lihat’. Mesej yang disampaikan boleh didapati dalam bentuk teks,audio dan visual.video ini boleh dibuat melalui disk, tape dan video disk. Antara format-format video adalah .avi, .mpg, .flv dan sebagainya.

Video mempunyai ciri-ciri tesendiri iaitu manipulasi ruang, manipulasi masa, teknik gerak perlahan dan animasi. Pergerakan asas dalam terbahagi kepada 4 iaitu:-

i ) kamera tetap,subjek bergerak

ii) kamera tetap,subjek tetap

iii)kamera bergerak, subjek tetap

iv) subjek bergerak,kamera bergerak

Terdapat juga  pelbagai pergerakan kamera dan shot asas. Setelah mempelajari cara atau kemahiran ini membuatkan minda saya terfikir tentang setiap video,jenis apa dan pergerakan apa yang telah digunakan. Persediaan video ini terbahagi kepada 3 iaitu masa, kandungan dan perbelanjaan seperti filem-filem yang ditayangkan di pawagam, sudah tentunya memakan duit dan masa yang banyak tidak seperti video-video pendek atau iklan yang telah dihasilkan.

Seterusnya beralih kepada bahagian rakaman video, banyak perkara yang perlu dititikberatkan seperti rakaman video, panduan jurugambar dan juga pencahayaan. Bukan sahaja pencahayaan malah audio juga. Pencahayaan dan audio mempunyai impak yang berlainan kepada video yang akan ditayangkan.

Selesai sudah kuliah yang dikendalikan oleh mejar jasmy, pada kuliah ini banyak juga telah ditunjukkan pelbagai jenis video untuk menambah lagi pengetahuan saya. Saya sangat seronok mendengar dan melihat kuliah tentang video.

Published in: on March 27, 2010 at 11:25 am  Leave a Comment  

grafik

GRAFIK~ itulah tajuk yang telah saya pelajari pada minggu ke-7 kuliah. Ia berasal daripada perkataan greek ‘graphikos’ bererti lukisan @ ‘graphier’ bererti menulis dengan perkataan. Grafik juga menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. Terdapat pelbagai contoh grafik seperti gambar foto, lukisan dan sebagainya. Ianya terbahagi kepada dua iaitu organisasi dan analogikal. Analogikal seperti yang kita tahu bersamaan dengan konsep jadi, ini bermakna visual analogikal ialah menggunakan simbol untuk menerangkan konsep manakala visual organisasi melibatkan carta aliran graf, peta dan sebagainya.

Grafik mempunyai elemen tersendiri iaitu ruang, garisan, permukaan, dua dimensi dan tiga dimensi. Ruang terbahagi kepada dua iaitu ruang positif dan ruang negatif. Terdapat gambar yang telah ditunjukkan oleh pensyarah untuk menjelaskan tentang ruang. Seterusnya, garisan ialah elemen yang paling ringkas dan ia mempunyai makna tersendiri. Kita pergi pula kepada permukaan, permukaan pelbagai jenis akan menghasilkan kesan yang berlainan. Selain itu, 2 dimensi dan 3 dimensi merujuk kepada grafik yang mempunyai panjang dan lebar serta tinggi. Contohnya gambar model bangunan yang diambil dari sudut yang berlainan seperti kuliah sebelum ini.

Prinsip-prinsip grafik terbahagi kepada  6 bahagian. Saya tidak menyangka grafik juga mempunyai prinsip tersendiri, kagumkan? 6 bahagian tersebut ialah simplisiti, dominan, pola, seimbang, variasi dan harmoni. Penyediaan grafik juga mempunyai ciri-ciri penting tersendiri iaitu objektif, perancangan teliti, kemudahan alat/bahan, saiz bahan atau alat bahan yang digunakan, rekabentuk visual, susunatur dan penghurufan. Melihat dari sudut pandangan saya sendiri, ternyata grafik bukan la barang atau bahan yang boleh dibuat ikut suka hati dan perasaan, ianya mestilah mempunyai motif dan target tertentu.

Banyak juga telah saya pelajari melalui grafik. Guru seharusnya mengambil inisiatif terhadap teknologi moden sebegini untuk menarik lagi minat para pelajar yang semakin hanyut ditelan zaman. Mungkin grafik ini adalah salah satunya cara untuk menarik kembali minat seterusnya menambahkan ilmu dan kreativiti para guru.

Published in: on March 27, 2010 at 11:24 am  Leave a Comment  

fotografi dalam pendidikan

Pada minggu ini, iaitu minggu ke 6. saya telah mempelajari tentang fotografi  dalam pendidikan. Saya rasakan ini sangat menarik dan saya dapat mengetahui pelbagai cara untuk mengambil gambar yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Rupanya setiap gambar mempunyai nilai dan motifnya tersendiri dan mewujudkan sesuatu perasaan terdapat sesiapa yang memandangnya. Baiklah, saya ingin memberitahu serba sedikit tentang apa yang telah saya pelajari tentang fotografi dalam pendidikan ini. Terdapat banyak gambar-gambar yang telah ditunjukkan kepada saya, dan semua gambar itu memberi makna tersendiri.

Asal usul fotografi datangnya dari perkataan greek iaitu photos bermaksud cahaya dan graphien bermaksud lukis. Istilah fotografi pula telah diperkenalkan oleh Sir John Herschel. Terdapat perubahan terhadap kamera sejak kamera obsura dikeluarkan. Pelbagai penciptaan dan pembaharuan membuatkan kamera semakin lama semakin canggih sesuai dengan era kemodenan sekarang. Seterusnya saya ingin memberitahu definisi kamera, rupanya kamera juga mempunyai definisi iaitu sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya dan mempunyai kanta dihadapan yang mengandungi satu bukaan (apetur) diantaranya serta bahan sensitif seperti filem yang mempunyai pengatup (shutter) dihadapannya.

Jenis-jenis kamera antaranya adalah kamera kompak, kamera polaroid, kamera SLR, kamera TLR, kamera dasar laut dan kamera digital. Saya juga telah belajar cara unuk mengambil gambar, cara memegang kamera dan panduan dan teknik memfokus. Selain itu, saya juga telah belajar tentang pelbagai jenis lensa untuk menghasilkan kesan gambar yang berlainan.

Seterusnya tentang visual.apa itu visual? Ianya suatu alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik berbanding pernyataan secara lisan atau bertulis. Bentuk visual terbahagi kepada 3 iaitu grafik, fotografi dan elektronik. Terdapat pelbagai jenis shot yang mengajar cara mengambil gambar untuk lebih kreatif dan menarik. Di dalam kuliah ini juga mengajar saya tentang etika mengambil gambar. Keseluruhan kuliah ini telah mengajar saya tentang perlunya sesuatu gambar untuk mengekspresi sesuatu perasaan, nilai dan kreativiti seseorang dan membawa kepada bidang pendidikan.

Published in: on March 27, 2010 at 11:24 am  Leave a Comment  

reka bentuk pengajaran dan penilaian media

Minggu ke-4 kuliah teknologi pendidikan, saya telah disajikan dengan kuliah bertajuk reka bentuk pengajaran dan penilaian media. Di dalam kuliah ini, saya telah banyak mempelajari tentang media. Ilmu saya tentang media telah menjadi luas dan sangat menyeronokkan. Rekabentuk pengajaran dilihat dari aspek pandangan berbeza oleh Dick dan Reiser (1989) dan Richey. Kemudian, media adalah suatu komunikasi hasil daripada sumber dan penerima. Media turut dilihat dari aspek pandangan berbeza oleh Percival dan Elington, Reiser dan Gagne, Torkelson dan Heinich (2002).

Definisi media, sesuatu yang dapat digunakan untuk menyalurkan maklumat daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat meransang fikiran, pesanan dan minat serta perhatian pelajar seterusnya terjadi proses pembelajaran. Manakala, definisi pengajaran pula adalah penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. Terdapat enam perkara asas di dalam pengajaran. Terdapat juga pelbagai model untuk menjelaskan proses pengajaran dilakukan. Antaranya adalah model rekabentuk pengajaran Seels dan Glasgow, Dick dan Reiser, Assure, ADDIE, ICARE, Waterfall, Dick and Carey, ARCS, PIE  dan sebagainya.

Selain itu, saya juga telah mempelajari sifat- sifat media. Tidak pernah menyangka yang media juga mempunyai sifat. Antara sifatnya adalah visual, warna, daya suntingan, mudah alih, kadar maju pembelajaran dan pergerakan. Media juga terdapat klasifikasinya tersendiri iaitu terbahagi kepada dua media bukan cetak dan media cetak. Media bukan cetak juga terbahagi kepada dua iaitu media tayang dan media bukan tayang. Media tayang adalah media tayang kaku dan media tayang gerak. Manakala media bukan tayang pula terbahagi kepada 5 iaitu grafik, gambar kaku, pameran, alat paparan dan juga audio.

Di dalam kuliah pada minggu telah banyak saya belajar tentang cara menggunakan media dan cara terbaik untuk ditunjukkan kepada pelajar-pelajar supaya tidak bosan. Pada pandangan saya sememangnya melalui deria lihat dan dengar jika dapat digunakan secara maksimum maka sesuatu pembelajaran akan berkesan. Menggunakan media adalah salah satu cara efektif, namun terdapat juga kesan buruk akibat dari media.

Segala yang baik datangnya dari allah dan segala yang buruk datangnya dari diri saya sendiri. Kita harus menghargai media dan tahu cara untuk menggunakannya di dalam pengajaran dengan sehabis baik.

Published in: on March 27, 2010 at 11:23 am  Leave a Comment  

~minggu kedua~

Pada minggu 2, saya mempelajari tentang teknologi pendidikan.  teknologi pendidikan sangat penting bagi para guru untuk selari dengan arus kemodenan. dari kuliah ini saya telah memahami cara-cara untuk menarik perhatian pelajar juga dengan menggunakan video dan sebagainya. saya telah mempelajari definisi teknologi pendidikan iaitu pengetahuan dan latihan secara etika tentang sesuatu perkara dengan mudah dan memperbaiki kemahiran dalam mencipta, menggunakan, dan menguruskan proses teknologi yang sesuai serta dari sumber yang betul.
Puan Rosseni adalah pensyarah kursus ini dan beliau telah menerangkan dengan lebih jelas tentang segala perkara yang berkaitan dengan kursus ini yang akan diberitahu di dalam wordpress beliau iaitu di http://rosseni.wordpress.com/. Perbincangan juga ada di dalam wordpress tersebut. Beliau juga menerangkan tentang struktur kursus ini di mana kami di wajibkan melaksanakan dua projek iaitu satu tugasan individu dan satu tugasan berkumpulan. Tugasan tersebut perlulah diserahkan kepada beliau pada minggu akhir iaitu minggu ke 14.
Tugasan individu yang saya perlu lakukan ialah membina bahan bantu mengajar elektronik menggunakan teknologi Web 2.0 ( WordPress) dengan menggabungkan aplikasi lain seperti audio box, chat box, digtal album grafik, foto, video, animasi, dan audio untuk bahan berbentuk pengajaran. Selain itu, saya juga dikehendaki membina bahan bantu mengajar bukan elektronik seperti transperensi, flash card, dan model 2D/3D.
Bagi tugasan berkumpulan pula, kami diminta membina satu bahan multimedia berasaskan objektif pengajaran yang ingin dicapai dengan mengintegrasikan klip video, animasi, grafik, foto,dan audio yang telah dilaksanakan menggunakan window movie maker atau powerpoint. Bahan ini juga mestilah mempunyai jalan cerita yang dapat menarik minat penonton serta dapat memberi pengajaran atau impak yang mendalam kepada penonton.
Seterusnya, kami ditayangkan dengan beberapa bentuk video untuk mencungkil idea kami bagi melaksanakan tugasan berkumpulan tersebut. Video yang ditayangkan adalah berkenaan dengan University of Adalide. Video tersebut sungguh menarik dan mempunyai mesej yang amat mendalam kepada para penonton. Semua tepukau melihat jalan cerita dan gambar yang menarik yang terdapat di dalam video tersebut. Mesej utama yang ingin disampaikan dari video tersebut adalah mengenai tanggungjawab kita sebagai seorang muslim walau di mana kita berada.  banyak ilmu yang telah saya dapati melalui kuliah ini.

Published in: on March 27, 2010 at 11:15 am  Leave a Comment  

~jurnal minggu pertama~:)

Pada minggu ini iaitu minggu pertama, kami disuruh untuk melihat wordpress dr rosseni kerana minggu kuliah pada kebanyakkan hari jumaat cuti. Oleh itu, kami dikehendaki memuat turun struktur kursus ini serta beberapa perkara mengenai kursus ini dan segala kemusykilan hendaklah dibincangkan di dalam talian melalui http://rosseni.wordpress.com/.  saya telah membaca dan memahami struktur kursus tersebut..

Published in: on March 27, 2010 at 11:10 am  Leave a Comment  

my life

gambar-gambar saya masa program bersama pelajar tahun 6 sk bandar….

semasa sesi ice breaking…nak kenal2 la dulu an..hehe..

ni mase penutup plak..sebelum2 2 xley nak tangkap gambar sebab sangat2 busy tgk2 budak2 nih..:P

group 6 :)

hehe nih muke budak2 yang hepi mase penutup hehe…

ni mase perpisahan ktorg..huhuhu :((

Published in: on March 25, 2010 at 9:11 am  Leave a Comment  

apa itu kimia???

semestinya kimia sangat penting dalam hidup kita. tetapi adakah kita manfaatkannya?? ternyata tidak ini kerana terdapat banyak bom-bom dicipta untuk memusnahkan bukan sahaja alam malah memusnahkan hidup manusia sendiri. tiadak kah kita sedar bahawa kekejaman yang kita lakukan adalah salah kita sendiri?? mungkin dunia terlalu terlalu moden sehinggakan keperimanusiaan manusia sudah hilang di muka bumi ni??? salah kah bahan-bahan itu atau kita sendiri?? itu lah yang perlu di persoalkan oleh manusia,..tidak semestinya manusia itu yang salah, mungkin disebabkan tidak dapat mengawal nafsu apabila mengetahui sesuatu benda yang baru.. jadi negara-negara miskin dijadikan tempat untuk melakukan ujian itu..

saya menulis blog ini bukan lah hendak bercakap tentang kekejaman manusia melalui kimia,.tetapi hendak membuka mata para membaca mengenai prinsip kimia itu sendiri. baru-baru ini seorang pelajar berumur 10 tahun dianggap genius kimia.mudah-mudahan pelajar tersebut mengambil hakikat apa itu kimia bukan hanya semata-mata ianya subjek.,..

bagi saya bakal guru kimia, saya harus mengambil peranan penting untuk menyedarkan masyarakat akan datang untuk melihat dunia melalui aspek kimia..jadi saya harus berusaha bersungguh-sungguh untuk pelajar saya mendapatkan hakikat kimia yang sebenar. saya akan membuka mata pelajar saya bahwa kimia adalah sesuatu yang berbahaya tetapi jika kita pandai menggunakannya dengan menggunakan hakikat ilmu maka kimia banyak manfaatnya..contohnya dari segi perubatan..kimia diperlukan untuk membuat ubat dan sebagainya..kimia mendatangkan banyak kebaikan.maka pelajar harus paham hakikat bahawa belajar kimia adalah untuk mendatangkan kebaikan semata-mata bukan untuk keburukan.

sampai disini sahaja luahan saya mengenai kimia..

🙂

Published in: on February 15, 2010 at 10:11 am  Leave a Comment