fotografi dalam pendidikan

Pada minggu ini, iaitu minggu ke 6. saya telah mempelajari tentang fotografiĀ  dalam pendidikan. Saya rasakan ini sangat menarik dan saya dapat mengetahui pelbagai cara untuk mengambil gambar yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Rupanya setiap gambar mempunyai nilai dan motifnya tersendiri dan mewujudkan sesuatu perasaan terdapat sesiapa yang memandangnya. Baiklah, saya ingin memberitahu serba sedikit tentang apa yang telah saya pelajari tentang fotografi dalam pendidikan ini. Terdapat banyak gambar-gambar yang telah ditunjukkan kepada saya, dan semua gambar itu memberi makna tersendiri.

Asal usul fotografi datangnya dari perkataan greek iaitu photos bermaksud cahaya dan graphien bermaksud lukis. Istilah fotografi pula telah diperkenalkan oleh Sir John Herschel. Terdapat perubahan terhadap kamera sejak kamera obsura dikeluarkan. Pelbagai penciptaan dan pembaharuan membuatkan kamera semakin lama semakin canggih sesuai dengan era kemodenan sekarang. Seterusnya saya ingin memberitahu definisi kamera, rupanya kamera juga mempunyai definisi iaitu sebuah kotak yang mempunyai lubang untuk mengawal cahaya dan mempunyai kanta dihadapan yang mengandungi satu bukaan (apetur) diantaranya serta bahan sensitif seperti filem yang mempunyai pengatup (shutter) dihadapannya.

Jenis-jenis kamera antaranya adalah kamera kompak, kamera polaroid, kamera SLR, kamera TLR, kamera dasar laut dan kamera digital. Saya juga telah belajar cara unuk mengambil gambar, cara memegang kamera dan panduan dan teknik memfokus. Selain itu, saya juga telah belajar tentang pelbagai jenis lensa untuk menghasilkan kesan gambar yang berlainan.

Seterusnya tentang visual.apa itu visual? Ianya suatu alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik berbanding pernyataan secara lisan atau bertulis. Bentuk visual terbahagi kepada 3 iaitu grafik, fotografi dan elektronik. Terdapat pelbagai jenis shot yang mengajar cara mengambil gambar untuk lebih kreatif dan menarik. Di dalam kuliah ini juga mengajar saya tentang etika mengambil gambar. Keseluruhan kuliah ini telah mengajar saya tentang perlunya sesuatu gambar untuk mengekspresi sesuatu perasaan, nilai dan kreativiti seseorang dan membawa kepada bidang pendidikan.

Published in: on March 27, 2010 at 11:24 am  Leave a Comment  

The URI to TrackBack this entry is: http://zatira89.wordpress.com/2010/03/27/fotografi-dalam-pendidikan/trackback/

RSS feed for comments on this post.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: